Monday, 5 May 2014

PENDAFTARAN KEHAMILAN


 
  1. Rasa lapar yang berpanjangan
  2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
  3. Kerap membuang air kecil
  4. Merasa tidak bermaya
  5. Sakit dan tegang pada buah dada
  6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
  7. Rasa loya dan muntah
  8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
  9. 'Missed Period' , dan akhirnya
  10. Ujian air kencing positif  

Pendaftaran Kehamilan
Di Klinik Kesihatan Maran

Telefon : 09- 477 1333
No. Faks : 09-477 1504


Apakah itu "Booking" ?

Merupakan satu proses pendaftaran ibu mengandung di klinik kesihatan. Pemeriksaan ke atas ibu mengandung dilakukan sebelum 12 minggu oleh staff kebidanan yang berdaftar di fasiliti kesihatan atau apabila anda terfikir anda mungkin hamil dengan tanda-tanda awal kehamilan.


10 Tanda-tanda Awal Kehamilan 
" Sekalung TAHNIAH dari warga Klinik Kesihatan Maran" 
Daftar Kehamilan Anda di sini




Tuesday, 29 April 2014

PENJAGAAN ANTENATAL

Mengapa Perlu Penjagaan Antenatal?  
   

  • Masalah perubatan boleh dipantau sepanjang kehamilan.
  • Masalah komplikasi kehamilan dan keabnormalam boleh dikesan dan dirawat di peringkat awal bagi mengurangkan risiko ibu kepada bayi.
  • Untuk memberi pendidikan awal kepada ibu hamil tentang ibu dan anak sebelum dan selepas kehamilan.
 Kesan Jika Tiada Penjagaan Antenatal?
  • Memudaratkan kesihatan ibu dan anak
  • Tidak dapat mengesan dan merawat awal penyakit sepanjang kehamilan
  • Rawatan tidak dapat diberikan
  • Boleh menyebabkan keguguran di awal kandungan
  • Menyebabkan kematian di kalangan ibu dan anak



 
Untuk mengekalkan keadaan kesihatan yang optimum untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan